Tuesday, April 4, 2017

baru

alhamdulillah

permulaan yang baik
hari yang baik

cerita baru
buku baru

kalau kata ini permulaannya
aku terima selapang dada
kalau kata ini perjalanannya
aku melangkah terus lorongnya

dan kalau kata ini cerita kita
apa lagi nak aku kata

muka ada senyum
hati ada bunga

Thursday, May 12, 2016

selamat ulangtahun sayang

selamat ulangtahun sayang


"hope you getting better All the time"

"semoga dipanjangkan umur,diberi kesihatan berpanjangan,dipermudahkan segala urusan,semoga sukses dalam kerjaya n bahagia bersama keluarga tercinta"

"semoga berjaya dunia akhirat. love you one and only kak long"

"happy birthday. growing older without a lover is not a saddest thing,it's great to being alone for sure. i feel you girl"

"HB PLKN mate"

"happy birthday rakan satu company (charlie)"

"Semoga pnjg umr n dimurahkn rezeki.. Dipermudahkn segala urusan dunia n akhirat..amin"



amin

selamat ulangtahun sayang


xoxo

Thursday, May 5, 2016

tak tahu

ada kawan
yang aku rasa dia bangang
ye laa
nak berjaya sorang sorang


ada teman
yang aku rasa dia bodoh
ye laa
kawan buat salah depan mata
dia tanak tegur


ciss
bukan apa

aku rasa bersalah bila
aku sendiri rasa nak berjaya sorang sorang
mestilah aku nak kawan aku sekeliling berjaya sama

aku pon rasa bersalah bila
aku nampak kawan kawan aku terbuat salah dan silap
tapi aku tak buat apa apa
mestilah aku nak sama sama dapat pahala


tapi kenapa ada kawan
yang tak pernah terfikir macam mana aku fikir

Monday, April 11, 2016

aku

aku lihat

mereka semua bahagia bersama minoriti dalam hidupnya
mereka gembira dengan pilihan hidupnya
mereka berkongsi kisah cerita perihal hidupnya


tapi aku
masih lihat aku
seperti tiada apa
yang perlu dibanggakan

mungkin aku selalu bermimpi indah sebelum waktunya
mungkin aku terlalu terbang tinggi
mungkin aku tak rasa nak jejak tanah


mana mungkin semua orang kecapi rasa bahagia tanpa buat apa apa
kan.

jadi, aku cuba
aku cuba untuk lakukan sesuatu

tapi apa?


Tuesday, April 5, 2016

fikir

lihat sekeliling kita

mereka ada rumah
mereka ada kereta
mereka ada keluarga
mereka ada harta
mereka ada segala-galanya

sentiasa berkongsi cerita dan bahagia
tak kira di sosial media mahupun di alam realiti

dan kau rasa Tuhan tak adil 
kerna beri mereka segalanya

tahukah kalian...

kalian juga antara insan yang dipilih Tuhan untuk rasa bahagia itu
bahagia kerna tak perlu berfikir panjang untuk berhutang
tak perlu sesak dada untuk menanggung kos sara hidup yang tinggi

cukuplah kalian menadah tangan ucap syukur kerana
kalian masih bisa berdiri di kaki sendiri
kalian masih punya orang tersayang di sisi
kalian masih mampu senyum melihat diri sendiri
kalian masih teguh mencari rezeki

bersyukur

Sunday, April 3, 2016

kawan dan lawan

kita kawan
kita kongsi cerita yang sama
kita selalu luah mana yang pendam
kita jadi sebahagian dari hidup


tapi tu dua tahun lalu
tahun yang aku kira sangat perit
kita jadi sebahagian dalam diri masing masing
ikatan kita kuat
sampai mereka masih berkata tentang keakraban kita
setan pon kadang menangis lihat kita


tapi tu dulu. dulu yang tiada hari ni
ye. dulu. cerita lama
paling dalam nak luah tentang itu

kau tahu?
dalam sudut paling dalam
terselit rasa benci kat kau
entah
aku kira ini salah aku. atau kau.
tak tahu

tapi
aku nak kau tahu
aku masih sayang kau
persahabatan ini

takpe,
jika aku hanya datang untuk dijadikan penanda aras kau,
aku tak kisah
sebab aku yakin, satu hari nanti
kita tetap akan jadi kawan

mungkin
tak mengharap

#kawanyangkitasuka

Saturday, October 24, 2015

dahulu

dalam ramai
engkau jadi pilihan

dalam ramai
engkau jadi teman

dalam ramai
engkau jualah jadi pendengar setia


tapi itu dulu
dulu yang aku kira
minoriti
yang jadi pilihan

dulu