Saturday, December 13, 2014

masih tak faham

aku masih tak faham
kenapa ada masyarakat yang masih
suka membanding beza seperti ini


"...ahh cantik kau Mah hari ni..
barulah nampak mak pengantin.
hari tu hantar nikah,
baju nya macam baju tidur..."


ya Allah,
apa motif anda berkata begitu?
dihadapan orang?
apa yang dirasa oleh si Mah tika itu?



aku masih tak faham
kenapa ada masyarakat yang masih
tidak boleh terima kejayaan/kesenangan seseorang


"...besar majlis dia ni. ntah berapa habis.
tapi tu lah. jemputan sikit, sedara mara takde.."


ya Allah
apa lah dengki sangat hati kalian?
apa salah si pembuat majlis ini kepada kalian?


hak mereka
mereka punya


*istighfar*



Thursday, December 11, 2014

kadang kadang

kadang kau rasa kosong
tapi minda kau kata, takpe
punya masa


kadang kau rasa kosong
tapi hati kau kata, takpe
punya waktu


kadang kau rasa kosong
tapi jiwa kau kata, takpe
punya ruang


persetankan kata mereka

suara dalaman yang sering 
meringankan beban
kononnya


tapi sebenarnya
dot dot dot

Friday, December 5, 2014

maaf

mereka sibuk sana sini
aku sibuk depan komputer riba
maaf



mereka urus hulu hilir
aku urus kajian semester
maaf



mereka dok kalut dengan persiapan
aku haruk dengan laporan
maaf



maaf lagi

Wednesday, December 3, 2014

mana pergi?

mana pergi kata majoriti
kalau tak sebulat hati


mana pergi integriti
kalau asyik nak berdengki




mana pergi?

dalam

terima kasih 

buat aku senyum malam ini
walau hanya seketika



ohh

sepertinya ada sesuatu
tapi tidak pasti apa


sepertinya ada yang ingin disampaikan
tapi tidak terlontar dek kata kata


sepertinya ada tersirat
tapi tidak terluah 



apakah?

Monday, December 1, 2014

aku kira

aku kira


ini bahagian aku
dugaan aku
cabaran aku
akhir semester aku


aku kira


ini kali kedua
hadap masalah
temu cobaan
akhir semester aku


aku kira
ini bahagian aku
mungkin

Wednesday, November 26, 2014

anak anak

masa kau
hari kau
seringkali dihabiskan dengan mereka ini
anak anak yang indah ini


tangan kau
hati kau
seringkali singgah di jiwa mereka ini
anak anak yang indah ini


moga nanti
Tuhan balas

setiap apa yang kau lakukan
setiap apa yang kau jiwakan
setiap apa yang kau luahkan

kepada mereka
anak anak ini


pasti
Tuhan ada


- wad PPC HSI, JB

Tuesday, November 25, 2014

tuhan

hati kau gusar?
hati kau tak tenang?
hati kau tak keruan?

tuhan ada


tuhan ada untuk jawab soalan kau
tuhan ada untuk bantu kau
tuhan ada untuk kau


pergi-
cari tuhan


Saturday, November 22, 2014

kau rasa?

pernah tak sampai satu tahap

kau rasa
apa yang kau buat selama ni
bukan jiwa kau
sebab apa yang kau buat tu serba tak kena



pernah tak sampai satu tahap

kau rasa
apa yang kau hadap selama ni
bukan jiwa kau
sebab apa yang kau buat tu semua
follow the flow je



pernah tak sampai satu tahap

kau rasa nak putar balik masa
kau rasa nak betulkan balik apa yang sepatutnya
kau rasa nak ubah semula hidup kau
kau rasa nak buat semua tu


tapi


kau mana mampu

Saturday, November 15, 2014

tak pasti

ada benda yang kena aku hadap

hari ini
dan esok
dan seterusnya


tapi aku tak pasti
sama ada aku mampu
atau tidak

ya aku tahu
Tuhan atur dengan baik sekali
Dia tahu
segalanya


cuma
aku masih tak pasti
aku tak yakin



doa dan tawakal sahaja
yang aku mampu

Monday, November 3, 2014

mengapa?

kita baru bersua muka,

belum buka mulut
belum salam perkenalan
belum bertentang mata


tapi engkau
seperti sudah kenal
luar dan dalam 


cara kau menghukum kami
seperti ada suatu kesilapan besar
seperti ada suatu yang terguris di hati engkau
seperti ada suatu yang terpendam


tapi persoalannya

apa salah kami?
apa silap kami?
apa yang kami buat?


anda orang berpengaruh, 
kami tahu
kami tahu itu

Saturday, October 25, 2014

silap

sebulan lepas

aku buat silap sikit
sikit je

manusia kan
silap dan salah
perkara biasa


tapi marah kau

sampai sekarang

Thursday, October 23, 2014

semangat

dapat tugasan-balik rumah-cari
idea
tajuk
sedikit kajian

rujuk orang yang berpengalaman
bagus katanya
cuma cari sokongan sikit

sampai masa
sebelum hari pembentangan

idea kena tolak oleh orang yang lebih atas
sedikit jatuh
sedikit murung

tapi kau masih gigih
walau minit terakhir

hari pembentangan

kena hentam
teruk, terus jatuh terduduk


"kawan,
biar jatuh waktu ini,
biar kena hentam hari ni,
biar dimarah tika ini.

mungkin kau yang paling berjaya hujung nanti,
mungkin kau yang bahagia akhir nanti,
mungkin kau yang akan tenang nanti.

sebab

kritikan dan hentaman yang kau terima dulu
telah buatkan kau bangun dan bangkit
untuk jadi lebih bersemangat, mungkin"



Friday, October 10, 2014

terima kasih

tiada kata yang boleh diungkap

selain 

TERIMA KASIH



terima kasih-

Tuhan
sebab temukan aku dengan orang sekeliling yang banyak bantu

Keluarga
sebab masih percaya akan diri ini

Kawan
sebab jadi orang yang selalu ada kalau ditimpa masalah atau beban

Musuh
sebab jadikan aku lebih bersemangat atas kata-katamu yang tajam itu

SEMUA

r i n d u

kalau rindu tu boleh
dilihat,
disentuh,
dikutip,
ditatap.


akan ku ambil dan simpan setiap satu ke dalam kotak
agar ianya tak rosak


tapi apakan daya,

rindu tu sebuah perasaan sahaja
yang hanya boleh
dirasa,
diingati,
dikenang.


itu pun kalau tak ditelan dek memori lain



Thursday, October 9, 2014

jangan

jangan benci sangat,
nanti suka--



kan. betul orang tua kata
jangan benci sangat kat seseorang
akhir nanti
tersenarai orang yang kita sayang



dulunya dalam senarai
"tak berapa minat-"
sekarang dah dalam senarai
"kawan yang kita suka-"



Friday, June 6, 2014

Kata Kata


kau dengan cara kau
aku dengan cara aku
semua perangai manusia tak sama
tak pernah sama
jadi, kau peduli apa-
dengan apa aku buat

duduk diam diam
jaga perihal diri
jaga diri

- haziqaisa, June 06


Monday, April 7, 2014

aku

diam terkatup mulut
diam terlelap mata
diam tanpa suara
diam aku ada makna
aku perhati tanpa nada
sedikit hari lagi
cuba genggam tangan ini
cuba langkah kaki ini
cuba bangkit diri ini

teriak apa yang perlu
pegang apa yang patut
capai apa yang mahu

- haziqaisa, april 07