Wednesday, November 26, 2014

anak anak

masa kau
hari kau
seringkali dihabiskan dengan mereka ini
anak anak yang indah ini


tangan kau
hati kau
seringkali singgah di jiwa mereka ini
anak anak yang indah ini


moga nanti
Tuhan balas

setiap apa yang kau lakukan
setiap apa yang kau jiwakan
setiap apa yang kau luahkan

kepada mereka
anak anak ini


pasti
Tuhan ada


- wad PPC HSI, JB

Tuesday, November 25, 2014

tuhan

hati kau gusar?
hati kau tak tenang?
hati kau tak keruan?

tuhan ada


tuhan ada untuk jawab soalan kau
tuhan ada untuk bantu kau
tuhan ada untuk kau


pergi-
cari tuhan


Saturday, November 22, 2014

kau rasa?

pernah tak sampai satu tahap

kau rasa
apa yang kau buat selama ni
bukan jiwa kau
sebab apa yang kau buat tu serba tak kena



pernah tak sampai satu tahap

kau rasa
apa yang kau hadap selama ni
bukan jiwa kau
sebab apa yang kau buat tu semua
follow the flow je



pernah tak sampai satu tahap

kau rasa nak putar balik masa
kau rasa nak betulkan balik apa yang sepatutnya
kau rasa nak ubah semula hidup kau
kau rasa nak buat semua tu


tapi


kau mana mampu

Saturday, November 15, 2014

tak pasti

ada benda yang kena aku hadap

hari ini
dan esok
dan seterusnya


tapi aku tak pasti
sama ada aku mampu
atau tidak

ya aku tahu
Tuhan atur dengan baik sekali
Dia tahu
segalanya


cuma
aku masih tak pasti
aku tak yakin



doa dan tawakal sahaja
yang aku mampu

Monday, November 3, 2014

mengapa?

kita baru bersua muka,

belum buka mulut
belum salam perkenalan
belum bertentang mata


tapi engkau
seperti sudah kenal
luar dan dalam 


cara kau menghukum kami
seperti ada suatu kesilapan besar
seperti ada suatu yang terguris di hati engkau
seperti ada suatu yang terpendam


tapi persoalannya

apa salah kami?
apa silap kami?
apa yang kami buat?


anda orang berpengaruh, 
kami tahu
kami tahu itu