Saturday, October 24, 2015

dahulu

dalam ramai
engkau jadi pilihan

dalam ramai
engkau jadi teman

dalam ramai
engkau jualah jadi pendengar setia


tapi itu dulu
dulu yang aku kira
minoriti
yang jadi pilihan

dulu

Tuesday, October 20, 2015

letih

letih

kata-kata
emosi
yang aku kira
ramai setuju
bila

hadap manusia yang memualkan
hadap perangai yang mengjengkelkan
hadap gelagat yang suka membangangkan diri sendiri

letih

yang aku dah tak terkira rasanya

tapi sewajarnya kena telan
telan sampai hadam
sebab kita duduk satu bumbung

ya
melainkan kau keluar
atau aku yang angkat kaki
melangkah pergi


entah

Monday, September 21, 2015

mana mungkin

Mana mungkin
Ku teruskan perjuangan
Perjuangan yang aku kira sia-sia
Sia-sia dan membuang tenaga

Penat
Siapa kata tak rasa
Rasa yang sampai satu hari nak berhenti
Berhenti daripada membuang waktu itu

Tapi

Mana mungkin
Ku berhenti begitu saja
Saja dengan segala penat keringat
Keringat yang tidak terkira

Pasrah
Dan teruskan
Teruskan apa yang telah dimulakan
Dimulakan dan diakhirkan dengan baik

Insyallah

Mohon di beri kekuatan
Kekuatan dan semangat

Semangat hingga tamat

Saturday, August 15, 2015

senyum

dah senyum pagi ni?

berilah senyuman mu pada sesiapa pun
walau kelat mana
walau perit mana
senyumlah

kerna
senyuman mu itu
mampu mengubah segala
persepsi orang
terhadap dirimu

bangun.
lihat cermin.
senyum.
dan.
senyum.

Friday, August 14, 2015

entah

rasa mahu

pergi hujung jalan
pergi tepi laut
pergi atas gunung
pergi dalam gua

semua tempat

nak jerit-lontar-campak-luah
semua rasa
yang ada

siapa yang tak punya masalah?
siapa yang tak hadap perumitan?


kan

Tuesday, August 11, 2015

wondering

"dia siapa?"
"apa dia buat?"
"kenapa dia?"


pada aku

dia antara minoriti
dia cuba jadi minoriti

aku rasa
ye
mungkin jua perasaan aku saja
mungkin jua aku yang perasan saja


mana mungkin dia nak jadi minoriti

ahh persetan saja

Monday, April 13, 2015

kawan

datang

tanya khabar
tanya nama

tanya segalanya


permulaan cerita

kita kawan
jadi kawan
terus kawan


dan sekarang kita kan dah jadi kawan
tak susah kan?


hati

hati
cari minoriti dalam majoriti
ye satu hari nanti

hati
masih cari minoriti dalam majoriti
ya kena berhati hati

hati
sedang cari minoriti dalam majoriti
tak lah hari hari


yang pasti
bukan hari ini
suatu hari

Sunday, April 5, 2015

pasti

dugaan apa yang mendatang

satu persatu diperlihatkan
antara mampu atau tidak saja
diri ini dan lain
dalam menerima segalanya


dugaan apa yang mendatang

kerna
kadang terasa berat bahu
kadang terasa lemah tangan
kadang terasa longlai kaki


apa mahu buat?
jika dugaan ini benar yang amat besar berlaku


yang pasti
doa itu semesti
dari hati
agar semua dirahmati

Thursday, April 2, 2015

lepas

tirai semalam mulai dilabuhkan


yang baik simpanlah dalam hati
yang buruk biarlah mati
yang indah tetap diingati
yang pudar hilang ditepi

Thursday, January 1, 2015

dua ribu lima belas

selamat tinggal memori
selamat tinggal kenangan
selamat tinggal cerita
dua ribu empat belas



sekarang melangkah 
dengan gagah
hadap tahun baru
yang tak tahu
dunia yang seperti apa
yang pasti lagi menggila


cerita baru
koleksi baru
memori baru


aku, dua ribu lima belas dan masih satu